Tuesday, 30 July 2013

LAGU 5S UNTUK HOSPITAL LAHAD DATU


LAGU 5S UNTUK HOSPITAL LAHAD DATU dicipta oleh saya sendiri sempena peraduan mencipta logo dan lagu 5S. Pada bulan April 2013. Dan pemenangnya ialah saya....Enjoy..


Thursday, 18 April 2013

SUKAN SKYRUNNER





Permainan Skyrunner menjadi aktiviti santai remaja masa kini di mana ia mampu membawa kita melompat dengan tinggi. Kasut yang menyerupai kaki robot ini boleh melambung pemakainya setinggi 2 meter.Aktiviti ini memang mencabar dan memenatkan pada mulanya. Tetapi akan lebih menyeronokkan sekiranya telah mahir dengan teknik-teknik yang mencabar. 

Permainan ini sesuai dilakukan di tempat lapang seperti padang atau tempat lapang yang luas dan jauh dari lalulintas ataupun orang ramai. 






KEHEBATAN HANDPHONE SAMSUNG GALAXY S4

Tahun 2013 sekali lagi syarikat Samsung mencatat sejarah dengan kemunculan siri handphone galaxynya dengan kemunculan S4 dengan ciri lebih canggih dan mengamit selera pengguna yang sangat peka terhadap teknologi komunikasi ketika ini.

Handphone dengan skrin 5 inci ini dikuasakan dengan prosesor 1.9GHz Quadcore dengan memori 2G RAM boleh dikatakan antara yang terpantas dan dilengkapi dengan sistem android 4.2 Jellybean yang mesra pengguna. Dilengkapi dengan kamera bersaiz 13 megapixel sudah tentu menjadikan aktiviti penggambaran dan merakam video lebih jelas dan bermutu tinggi.

Apa yang istimewa dengan handphone versi terbaru samsung ini ialah pengalaman menonton video dengan smart pause, dimana pengguna hanya perlu mengalihkan pandangan mata dari melihat skrin tanpa menyentuhnya jika hendak memberhentikan sejenak video yang dimainkan. Hebat bukan. Dapatkan di pasaran sekarang.

Friday, 4 November 2011

KERETA API BERKUASA DAYA MEGNATIK

Jepun telah membangunkan keretapi dengan daya tolakan medan magnetik yang mampu mengerakkan gerabak keretapi itu selaju 499km antara yang terpantas di dunia.
-->