Thursday, 18 April 2013

KEHEBATAN HANDPHONE SAMSUNG GALAXY S4

Tahun 2013 sekali lagi syarikat Samsung mencatat sejarah dengan kemunculan siri handphone galaxynya dengan kemunculan S4 dengan ciri lebih canggih dan mengamit selera pengguna yang sangat peka terhadap teknologi komunikasi ketika ini.

Handphone dengan skrin 5 inci ini dikuasakan dengan prosesor 1.9GHz Quadcore dengan memori 2G RAM boleh dikatakan antara yang terpantas dan dilengkapi dengan sistem android 4.2 Jellybean yang mesra pengguna. Dilengkapi dengan kamera bersaiz 13 megapixel sudah tentu menjadikan aktiviti penggambaran dan merakam video lebih jelas dan bermutu tinggi.

Apa yang istimewa dengan handphone versi terbaru samsung ini ialah pengalaman menonton video dengan smart pause, dimana pengguna hanya perlu mengalihkan pandangan mata dari melihat skrin tanpa menyentuhnya jika hendak memberhentikan sejenak video yang dimainkan. Hebat bukan. Dapatkan di pasaran sekarang.

No comments:

Post a Comment